Persatuan Bola Sepak Colombia (FCF), telah meminta penganjur Copa America menggantung pengadil yang menurut mereka menjadi penyebab kepada kekalahan mereka dalam Copa America di tangan Brazil.

Lebih memeranjatkan, FCF menuduh pengadil terlibat secara taktikal dalam gol Brazil dengan tindakannya yang membolehkan Brazil mendapat semula bola selepas melakukan hantaran lemah.

Pengadil tidak menghentikan permainan ketika bola terkena pada badannya – yang membawa kepada hantaran lintang untuk gol penyamaan Brazil menerusi Roberto Firmino.

Colombia sebelum itu mendahului menerusi libasan gunting oleh Luiz Diaz.

Seolah olah menyapu garam pada luka Colombia, Brazil kemudian melengkapkan kebangkitan mereka menerusi gol kemenangan oleh Casemiro pada masa kecederaan 90+10′.

Pengadil Argentina, Nestor Pitana, yang merupakan pengadil Piala Dunia 2018 mendapat kritikan hebat dari FCF.

FCF berkata: “Walaupun VAR menunjukkan hantaran lintang itu berpunca daripada pengadil selepas bola ‘rebound’ pada pegadil – yang sepatutnya bola itu terkena pada pemain Colombia.”

CONMEBOL kemudian mengeluarkan pita perbualan di antara Pitana dengan VAR pada Khamis.

Peliknya, CONMEBOL mempertahankan tindakan pengadil dengan menyatakan bola yang melantun dari pengadil itu tidak menjurus kepada serangan bahaya. Sedangkan bola tersebut berada di zon serangan.

Mujur Colombia dan Brazil kedua dua mereka mara ke suku akhir.

Baca juga artikel

RASMI: UEFA Mansuhkan Sistem Gol Tempat Lawan Serta Merta

Low Gentar Ancaman England, Tuntut Anak Buah Ulangi Aksi Menentang Portugal

Cetak 109 Gol Untuk Portugal, Ronaldo Hanya Perlukan 1 Gol Lagi Untuk Jadi ‘GOAT’ Gol Antarabangsa